RSS

Sunday, 8 November 2015

SYARAT WAJIB & SAH SOLAT JUMAAT

Syarat- syarat Wajib & Syarat Sah Solat Jumaat.


Syarat- syarat Wajib 

1) ISLAM

Tidak wajib ke atas orang kafir.

2) BALIGH

- Tidak wajib ke atas kanak- kanak.

3) BERAKAL

- Tidak wajib ke atas orang gila, mabuk atau pengsan.

4) LELAKI

- Tidak wajib ke atas wanita.

5) BERKEMAMPUAN

- Tidak wajib ke atas orang yang uzur atau ada perkara yang menghalangnya ke masjid.

6) BERMUKIM

- Tidak wajib ke atas orang musafir.

7) MERDEKA

- Tidak wajib ke atas hamba



Syarat-syarat Sah 

1) Ditunaikan pada tempat khas seperti di masjid atau di tanah lapang bagi penduduk tetap (mastautin).

2) Ditunaikan dalam waktu Zohor.

3) Ditunaikan secara berjemaah.

4) Sekurang- kurangnya ditunaikan oleh 40 orang Jemaah.

5) Didahului oleh dua Khutbah sebelum solat Jumaat.





Orang Mastautin, Bermukim Dan Musafir

Mastautin

• Orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat. Mereka wajib menunaikan solat jumaat dan dikira dalam bilangan jemaah 40 orang.

Bermukim

 Orang yang berniat tinggal di sesuatu tempat untuk tempoh tertentu. Mereka wajib menunaikan solat Jumaat tetapi tidak dikira dalam bilangan 40 orang.

Musafir

• Orang yang di dalam perjalanan jauh daripada 2 marhalah iaitu lebih daripada 92.8 KM. Mereka tidak wajib menunaikan Solat Jumaat dan tidak dikira dalam bilangan 40 orang.


Hikmah Solat Jumaat
  1. Mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan.
  2. Mengukuhkan ikatan silaturrahim.
  3. Mempertingkatkan semangat tanggungjawab terhadap agama.
  4. Mengetahui isu- isu semasa mengenai umat Islam.
  5. Memperoleh ilmu pengetahuan.
  6. Membentuk diri beradab dan berdisiplin.
  7. Dapat bertukar fikiran untuk kepentingan bersama.
  8. Menjana kekuatan dan kemajuan.

4 comments:

Unknown said...

Org musa fir lagu mana tak wajib hadir jemahat, moha royat tak habih jadi puche keliru sesat habis org hat baca

Unknown said...

Org musafir yg keluar musafir sebelum subuh jumaat. Kalau musafir lepas subuh jumaat, wajib bagi dia jumaat. Kalau dia tau dia tak sempat jumaat jika dia keluar musafir lepas subuh jumaat, maka haram bagi dia musafir waktu tersebut.

Unknown said...

Salam..nak tanya..masa pkp.. Jamaah nya 5 org je kira sah ke?

Jude the great said...

Haram musafir???....🤣🤣🤣

Post a Comment