RSS

Wednesday, 4 November 2015

UNIT 3 : ADAB MAKMUM SOLAT JUMAAT





ADAB-ADAB UMUM DI MASJID

- Memakai wangi-wangian.
- Dalam keadaan berwudhuk.
- Badan & pakaian suci.
- Menjaga ketenteraman jemaah.
- Menjaga kebersihan masjid.
- Melakukan perkara-perkara yang disuruh syarak.
- Dilarang bercerita perkara sia-sia.

ADAB MASUK KE MASJID

- Mendahulukan kaki kanan.
- Berdoa.
- Tidak melangkah makmum yang sedang duduk.
- Memenuhkan ruang hadapan yang kosong.
- Tidak melintas dihadapan orang yang sedang solat.

ADAB DI MASJID

- Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk.
- Berniat iktikaf.
- Bersalaman dengan jemaah yang berhampiran.
- Memberi ruang kepada jemaah lain untuk duduk.
- Duduk dengan tertib ketika membaca al-Quran, berselawat, berzikir,
  bertasbih, bertahmid & berdoa.


ADAB-ADAB SOLAT JUMAAT

*SEBELUM SOLAT JUMAAT

- Datang awal ke masjid.
- Memotong kuku, menggunting misai & bercukur.
- Mandi sunat Jumaat.
- Memakai pakaian yang bersih & kemas.
- Memakai minyak wangi.

*SEMASA SOLAT JUMAAT

- Tumpukan perhatian & pendengaran ketika khatib berkhutbah.
- Bersama-sama imam menyebut "amin".
- Tidak menyamai atau mendahului pergerakan imam.

*SELEPAS SOLAT JUMAAT

- Berdoa selepas solat.
- Melakukan solat sunat.
- Berdoa ketika keluar masjid.
- Segera meneruskan aktiviti harian.

KELEBIHAN ADAB SOLAT JUMAAT
1.       Peka terhadap isu-isu semasa mengenai umat Islam.
2.      Bertambah ilmu pengetahuan.
3.      Diampunkan dosa.
4.      Mengukuhkan ikatan silaturrahim.
5.      Mengukuhkan iman & taqwa.
6.      Memperoleh hidayah.
7.      Dimakbulkan doa.

8.     Dikurniakan rahmat & berkat.





0 comments:

Post a Comment