Thursday, 5 November 2015
UNIT 2 : KHUTBAH JUMAAT
at 00:29
Setiap hari Jumaat, lelaki muslim yang cukup syaratnya berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum menunaikan solat Jumaat mereka akan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.
Khutbah ialah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran. Hukum khutbah Jumaat adalah WAJIB. Khutbah Jumaat merupakan salah satu daripada syarat sah Jumaat. Tanpa khutbah, solat Jumaat tidak sah. Dalam sebuah hadith dinyatakan,
عن ابن عمر رضى الله عنه قال : كان رسول الله (ص) يخطب يوم الجمعة قائما ثم يجلس ثم يقوم
Maksudnya : Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyampaikan khutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian Baginda duduk, kemudian Baginda berdiri semula.
SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
Khutbah yang disampaikan wajib memenuhi syarat-syarat berikut, jika kurang satu daripadanya, maka khutbah yang disampaikan TIDAK SAH.
~ Disampaikan SETELAH masuk waktu Zohor
~ Disampaikan SEBELUM solat Jumaat
~ Rukun khutbah disampaikan dalam BAHASA ARAB
~ Khatib DUDUK sebentar di antara 2 khutbah
~ Khatib seorang LELAKI
~ Khatib hendaklah BERDIRI jika berkemampuan
~ Khatib menutup AURAT
~ BERTURUT-TURUT di antara 2 khutbah
~ Khatib SUCI daripada hadas besar dan hadas kecil
~ Khatib hendaklah suci badan, pakaian, dan tempat daripada najis.
~ Khutbah yang disampaikan boleh didengar sekurang-kurangnya oleh 40 orang ahli Jumaat
Khutbah mempunyai 5 rukun yang wajib dipenuhi
1. Memuji Allah S.W.T. sekurang-kurangnya dengan menyebut الحمدلله.
2. Berselawat ke atas Nabi sekurang-kurangnya dengan mengucapkan اللهم صل على محمد
3. Mengingatkan jemaah supaya bertaqwa kepada Allah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan إتقوا الله
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sama ada dalam khutbah pertama atau kedua
5. Mendoakan orang-orang Islam sekurang-kurangnya dengan mengucapkan اللهم اغفر للمسلمين و المسلمات والمؤمنين والمؤمنات
SUNAT-SUNAT KHUTBAH
- Disampaikan di atas mimbar
- Rukun khutbah disampaikan mengikut tertib
- Memegang tongkat ketika berkhutbah
- Memberi salam sebelum duduk di atas mimbar
- Berpakaian kemas
- Menyampaikan khutbah secara fasih dan jelas
- Menyampaikan khutbah dengan suara yang nyaring dan lantang
- Khutbah ringkas dan padat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment