Syarat- syarat Wajib & Syarat Sah Solat Jumaat.
Syarat- syarat Wajib
1) ISLAM
Tidak wajib ke atas orang kafir.
2) BALIGH
- Tidak wajib ke atas kanak- kanak.
3) BERAKAL
- Tidak wajib ke atas orang gila, mabuk atau pengsan.
4) LELAKI
- Tidak wajib ke atas wanita.
5) BERKEMAMPUAN
- Tidak wajib ke atas orang yang uzur atau ada perkara yang menghalangnya ke masjid.
6) BERMUKIM
- Tidak wajib ke atas orang musafir.
7) MERDEKA
- Tidak wajib ke atas hamba
Syarat-syarat Sah
1) Ditunaikan pada tempat khas seperti di masjid atau di tanah lapang bagi penduduk tetap (mastautin).
2) Ditunaikan dalam waktu Zohor.
3) Ditunaikan secara berjemaah.
4) Sekurang- kurangnya ditunaikan oleh 40 orang Jemaah.
5) Didahului oleh dua Khutbah sebelum solat Jumaat.
- Mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan.
- Mengukuhkan ikatan silaturrahim.
- Mempertingkatkan semangat tanggungjawab terhadap agama.
- Mengetahui isu- isu semasa mengenai umat Islam.
- Memperoleh ilmu pengetahuan.
- Membentuk diri beradab dan berdisiplin.
- Dapat bertukar fikiran untuk kepentingan bersama.
- Menjana kekuatan dan kemajuan.
4 comments:
Org musa fir lagu mana tak wajib hadir jemahat, moha royat tak habih jadi puche keliru sesat habis org hat baca
Org musafir yg keluar musafir sebelum subuh jumaat. Kalau musafir lepas subuh jumaat, wajib bagi dia jumaat. Kalau dia tau dia tak sempat jumaat jika dia keluar musafir lepas subuh jumaat, maka haram bagi dia musafir waktu tersebut.
Salam..nak tanya..masa pkp.. Jamaah nya 5 org je kira sah ke?
Haram musafir???....🤣🤣🤣
Post a Comment