RSS

Monday, 9 November 2015

SOLAT JUMAAT


VIDEO PENERANGAN TENTANG SOLAT JUMAAT OLEH USTAZ DON DANIYAL

BAHAGIAN 1




https://www.youtube.com/watch?v=KDX9COGdtwo

BAHAGIAN 2



Read Comments

Sunday, 8 November 2015

UNIT 1 : KONSEP SOLAT JUMAAT


Maksud Solat Jumaat

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat dalam waktu zohor pada hari Jumaat yang didahului dengan dua khutbah dengan syarat-syarat tertentu.

Hukum solat Jumaat adalah wajib bagi setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya.

Firman Allah S.W.T:

A009


 Maksudnya: 

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (al-Jumu'ah 62:9).

Ayat diatas menegaskan bahawa setiap lelaki muslim yang cukup syarat adalah wajib menunaikan solat Jumaat. Pada waktu itu haram melakukan sebarang pekerjaan.


Read Comments

SYARAT WAJIB & SAH SOLAT JUMAAT

Syarat- syarat Wajib & Syarat Sah Solat Jumaat.


Syarat- syarat Wajib 

1) ISLAM

Tidak wajib ke atas orang kafir.

2) BALIGH

- Tidak wajib ke atas kanak- kanak.

3) BERAKAL

- Tidak wajib ke atas orang gila, mabuk atau pengsan.

4) LELAKI

- Tidak wajib ke atas wanita.

5) BERKEMAMPUAN

- Tidak wajib ke atas orang yang uzur atau ada perkara yang menghalangnya ke masjid.

6) BERMUKIM

- Tidak wajib ke atas orang musafir.

7) MERDEKA

- Tidak wajib ke atas hamba



Syarat-syarat Sah 

1) Ditunaikan pada tempat khas seperti di masjid atau di tanah lapang bagi penduduk tetap (mastautin).

2) Ditunaikan dalam waktu Zohor.

3) Ditunaikan secara berjemaah.

4) Sekurang- kurangnya ditunaikan oleh 40 orang Jemaah.

5) Didahului oleh dua Khutbah sebelum solat Jumaat.





Read Comments

Thursday, 5 November 2015

UNIT 2 : KHUTBAH JUMAAT



Setiap hari Jumaat, lelaki muslim yang cukup syaratnya berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum menunaikan solat Jumaat mereka akan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Khutbah ialah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran. Hukum khutbah Jumaat adalah WAJIB. Khutbah Jumaat merupakan salah satu daripada syarat sah Jumaat. Tanpa khutbah, solat Jumaat tidak sah. Dalam sebuah hadith dinyatakan,


عن ابن عمر رضى الله عنه قال : كان رسول الله (ص) يخطب يوم الجمعة قائما ثم يجلس ثم يقوم

Maksudnya : Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyampaikan khutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian Baginda duduk, kemudian Baginda berdiri semula.






SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT


Khutbah yang disampaikan wajib memenuhi syarat-syarat berikut, jika kurang satu daripadanya, maka khutbah yang disampaikan TIDAK SAH.

~  Disampaikan SETELAH masuk waktu Zohor

~  Disampaikan SEBELUM solat Jumaat

~  Rukun khutbah disampaikan dalam BAHASA ARAB

~  Khatib DUDUK sebentar di antara 2 khutbah

~  Khatib seorang LELAKI

~  Khatib hendaklah BERDIRI jika berkemampuan

~  Khatib menutup AURAT

~  BERTURUT-TURUT di antara 2 khutbah

~  Khatib SUCI daripada hadas besar dan hadas kecil

~  Khatib hendaklah suci badan, pakaian, dan tempat daripada najis.

~  Khutbah yang disampaikan boleh didengar sekurang-kurangnya oleh 40 orang ahli Jumaat



Read Comments

Wednesday, 4 November 2015

UNIT 3 : ADAB MAKMUM SOLAT JUMAAT





ADAB-ADAB UMUM DI MASJID

- Memakai wangi-wangian.
- Dalam keadaan berwudhuk.
- Badan & pakaian suci.
- Menjaga ketenteraman jemaah.
- Menjaga kebersihan masjid.
- Melakukan perkara-perkara yang disuruh syarak.
- Dilarang bercerita perkara sia-sia.

ADAB MASUK KE MASJID

- Mendahulukan kaki kanan.
- Berdoa.
- Tidak melangkah makmum yang sedang duduk.
- Memenuhkan ruang hadapan yang kosong.
- Tidak melintas dihadapan orang yang sedang solat.

ADAB DI MASJID

- Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk.
- Berniat iktikaf.
- Bersalaman dengan jemaah yang berhampiran.
- Memberi ruang kepada jemaah lain untuk duduk.
- Duduk dengan tertib ketika membaca al-Quran, berselawat, berzikir,
  bertasbih, bertahmid & berdoa.


Read Comments