Sunday, 6 December 2015
Saturday, 5 December 2015
Friday, 4 December 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.” (Riwayat Muslim)
Jumaat Penghulu Segala Hari
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."
Nabi s.a w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati.maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya."
"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila kamu solat Jumaat, maka kerjakanlah sesudah itu solat (sunat) empat rakaat."
Sesiapa bercakap ketika imam berkhutbah, maka sia-sialah Jumaatnya
1) APAKAH USAHA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMULIAKAN HARI JUMAAT ?
2) BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGAJAK RAKAN-RAKAN YANG SERING MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT ?
3) APAKAH PERBANDINGAN DI ANTARA SOLAT JUMAAT DENGAN SOLAT ZOHOR
Nyatakan pengertian solat Jumaat.
Apakah hukum meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran yang diharuskan oleh syarak?
Terangkan 4 keistimewaan Hari Jumaat.
Antara syarat sah solat Jumaat ialah melakukannya di tempat khas dalam kawasan penduduk tetap & ditunaikan dalam waktu Zohor. Jelaskan 3 syarat lain.